Saturday, February 7, 2009

Mengapa Pejuang Bahasa Sahaja Yang Menentang PPSMI sedangkan golongan lain tidak?

"Mengapa pejuang bahasa dan ramai intelek kita menentang usaha kerajaan menukar bahasa pengatar sains dan matematik dalam sistem pendidikan daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris? bukankah tujuannya baik, iaitu hendak meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris para pelajar. Kita semua maklum pelajar-pelajar Melayu lemah dalam bahasa Inggeris."

Seringkali saya terbaca komen yang berbunyi begini, dan seringkali juga pejuang bahasa dipersalahkan kerana menentang dasar PPSMI, sedangkan orang sains, jurutera, pakar matematik tidak pernah mengeluh mengenai perlaksanaan dasar PPSMI. kepada mereka yang berfikir sedemikian,..sedarlah bahawa pertama-tama saya ingin tegaskan bahawa tidak ada mana-mana ahli bahasa, intelek Melayu atau sesiapa sahaja yang siuman yang menentang usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris baik di kalangan pelajar Melayu, guru Melayu, pegawai melayu, tokoh koprat Melayu, hatta Menteri Melayu sekalipun dan sesiapa sahaja.

Menguasai bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain memang perlu digalakkan.

Tuduhan bahawa ahli bahasa menentang penguasaan bahasa Inggeris, anti-bahasa Inggeris, fikiran mereka sempit, mereka fanatik bahasa, mereka hanya mahu orang Melayu berbahasa Melayu sahaja adalah satu pembohongan besar, suatu fitnah, suatu mitos yang dibuat oleh orang-orang yang begitu taksub kepada dasar Dr. mahathir dan pemimpin politik sedia ada, tidak semua dasar atau idea Dr. Mahathir adalah yang terbaik seperti pembinaan jambatan P.Pinang dan Litar Sepang.

Dasar Dr. mahathir melaksanakan PPSMI adalah satu kesilapan dan kesalahan besar yang perlu dihentikan dengan segera, kerana kesannya amat buruk pada masa depan dan ramai golongan pelajar terpaksa mengorbankan masa depan demi dasar PPSMI yang belum sahih matlamatnya.

Dalam kaedah berhujah ini, dikatakan mencipta 'Straw man' iaitu orang yang dibuat daripada kertas atau orang-orangan sehingga mudah dimusnahkan. Tujuan mereka sebenar hanya mereka sahaja yang tahu. Sehingga kini belum pernah disebut nama walau seorang pun ahli bahasa yang melarang sesiapa mempelajari bahasa Inggeris atau bahasa lain.

Keduanya ramai di kalangan yang memperjuangkan kedudukan bahasa Melayu terdiri daripada mereka yang cukup fasih berbahasa Inggeris, baik dalam lisan mahupun tulisan. Malahan mereka menggunakan bahasa Inggeris setia hari. tidak pernah terdengar ada di antara mereka melarang sesiapa untuk mempelajari bahasa Inggeris atau bahasa apa pun.

Yang diperjuangkan oleh mereka ialah kedudukan bahasa Melayu itu mestilah terus dipelihara sebagai bahasa rasmi dan dipupuk sebagai bahasa moden dan bahasa ilmu di negara Malaysia yang merdeka lagi berdaulat ini.

Mengubah bahasa pengantar di sekolah dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris akan mengancam dan memusnahkan kedudukan bahasa Melayu baik dalam jangka pendek mahupun jangka panjang. Inilah yang mereka tetang. Disediakan oleh: Mohd Syuhaidi

6 comments:

Anonymous said...

haha... korang ni kot yg tak pandai (kurang cerdik)speking BI.... sebab tu la korang beriya sangat menentang PPSMI...

Barisan Cendekiawan Melayu Muda said...

salam..jangan melebelkan orang sesuka hati..kami juga mempelajari BI dan boleh berbahsa BI..maaf orang yang selalu bercakap mengikut perasaan dikatakan tidak cerdik..kami menentang PPSMI kerana PPSMI telah menolak BM menjadi bahasa kedua di kalangan bangsanya sendiri, hasil kajian yang kami lakukan jelas menunjukkan bahawa rata-rata masyarakat yang tinggal di bandar sudah tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik dan betul..malah ada yang mengatakan BM itu membosankan..inilah yang kami bimbangkan, mungkin pada masa depan bahasa Melayu tidak akan digunakan lagi sebagai bahasa ilmu, budaya,politik dan ekonomi di kalangan bangsanya sendiri kerana bagsanya telah 'murtab' kebahasa lain.. kami ingin memartabatkan kembali BM sebagai bahasa ilmu....

Anonymous said...

hak asasi individu la kalau nak tuturkan bahasa BI or BM di mana2 sahaja... kalau org bandar tidak pandai bertututr dalam BM itu hak mereka la...

p/s: orang bandar

Anonymous said...

org yang menentang BM, bukan warganegara malaysia..

M Zulhelmi said...

Hmmm saya bekas pelajar sekolah rendah yang blajar melalui program PPSMI. saya jugak orang Melayu.

pasal PPSMI ni, memang saya sokong perlaksanaannya. masa dulu nk masuk form 1, mmg takut jugak sbb dulu dok dlm skolah kampung biasa ja. bergaul semua dgn org melayu saja. bila form 1, saya dpt tawaran ke skolah bandar, yg bil. pelajar melayu dan bangsa lain sama banyak. mmg takut la, tambah PPSMI pulak.

then bila dah mula belajar, mmg agak susah awal2. tp berkat usaha saya sendiri, boleh jugak belajar seperti biasa. penggunaan inggeris pun makin cekap, tak malu kalau nk bercakap dgn bangsa lain. tp dekat rumah masih ckap melayu la.

cuma skarang ni, alasan yg budak2 luar bandar akan ketinggalan dalam pelajaran mmg tak boleh pakai. saya dr keluarga yg mmg tak cakap inggeris langsung, dok skolah kampung pulak tu tp akhir sekali boleh jugak tutur dan tulis dlm bahasa inggeris. tulisan jawi pun boleh tulis jugak. jd sampai bila anak2 melayu ni kena dibelai-belai, termasuk masa waktu nk belajar?? belajar mmg bukan senang, itu hakikatnya.

kalau tgk bangsa lain, selain bahasa ibunda dan bahasa melayu, bahasa inggeris boleh dikuasai. dah 3 bahasa tu. org melayu?? satu bahasa saja?? saya nampak PPSMI ni x merugikan sapa2 pun, org melayu sendiri nanti yang untung.

saya bersekolah dengan bangsa lain. bangsa lain pandang rendah dekat org melayu sbb hanya bleh kuasai satu bahasa saja. sedih kan? sbb tu saya usaha jugak utk kuasai bahasa inggeris.

apa konklusinya??? inisiatif sendiri pelajar. buat la polisi apa sekali pun, tp kalau xda inisiatif, mmg takkan ke mana.

mcm saya disekolah, bahasa melayu tetap jd bahasa pengantar. dlm perhimpunan, dlm pembelajaran (termasuk math dan science jugak), surat pekeliling dll semua la dalam bahasa melayu. cuma dalam matematik dan sains sahaja.

banyak lagi yang saya nk ckap tp setakat ini sahaja.

p/s: saya bekas pelajar skolah sama dengan Tun M, Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar.

azy_239 said...

Assalamualaikum..
dan slm sjahtera

Setiap pelaksanaan ad baik dan buruknya.

Pada pndpt sy, sains dan matematik tidak mementingkan paa-apa bhs skalipn tmasuk bhs inggeris dan bhs malysia. Ini dr segi mjawab soalan peperiksaan atau latihan menjawab soalan yg dberikan oleh guru2 di sek. spnjg pengetahuan sy, tiada lg guru2 di klgn foreigner yg mengajar di sek2. jika hal ini tjadi, maka pggunaan BI yg btul sgt dperlukan (jika mereka tidak tahu langsung akan bhs malaysia.

keluhan yg sy trime dr pensyrah adlh mereka berebut2 utk memberi pkataan sains dlm BM utk pggunaan sluruh pduduk Msia scara rasmi terutama plajar sekolah apabila sains dan matematik diajar dlm BM.(jka x fhm ape yg sy maksudkan bley la email ke azy_211@hotmail.com utk maklumat lanjut)

masalh penguasaan BI atau BM bgantung kpd inisiatif individu sbb rujukan pelajar utk sabjek sains dan matematik kebanyakan dlm BI. tlalu sdikit rujukan dlm BM. ini menimbulkan mslh bg golongan mahasiswa utk wt rujukan jka tdak dpt menguasai BI.

bg golongan plajar sek mslh tidak timbul jka tidak dpt menguasai BI sbb rujukan mereka dlm BM.

bg sy pelaksanaan itu tidak mendatangkn kesan yg terlalu mdalam mlainkan jka sabjek sperti sejarah yg perlu diajar dlm BI mmg menimbulkan mslh kerana dlm sjarah struktur ayat sgt la pntg.

stakat itu pemikiran dan pndpt sy. stiap individu ad pmikiran tersendiri. sy tidak menyalah kan pihak BBCM atau mana2 pihak yg menentang plaksanaan itu.

walau bgaimanapn, sy bpendapat pelaksanaan itu tidak menjejaskan langsung apa2 bhs skalipun. mungkin plaksanaan itu dilakukan utk mbritahu rakyat msia agar kte perlu lbih ke dpan dlm arena sains n tekno. mgkin pelaksanaan ini adlh slh satu usaha agar msia dpt mgluarkan slh seorg saintis yg memegang nobel prize atau plaksanaan ini adlh slh satu usaha dlm meningkatkan msia sbgai slh satu ngra yg maju dlm arena sains dn tekno. tdpt byk kmungkinan. pd pndpt sy, plksanaan ini bukan semata2 utk meningkatkan pguasaan BI tp mgkin ya utk meningkatkan pguasaan BI dlm bidang sains dn matematik.

sebarang kritik atau pndpt atau ptanyaan ttg komen ini sila respon kpd email yg tertera.

azy_211@hotmail.com

sekian. ;)