Tuesday, March 10, 2009

"Desakan kuat orang Melayu, Supaya Dikembalikan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Sains dan Matematik"

Ramai yang tidak menyedari bahawa apa yang berlaku pada hari Sabtu 7 Mac 2009 adalah satu suara rakyat Malaysia yang cintakan bahasa, mereka sanggup datang dari pelusuk tanak air tidak mengira latar belakang, yang mana hanya satu matlamat iaitu ingin menyampaikan pekara yang benar seperti yang pernah dan telah dilaporkan dalam akhbar sejak 6 tahun dahulu dan sehinggalah kebelakangan ini mengenai PPSMI.

bukan sekadar berkata manis atau berpura-pura demi kepentingan individu atau parti politik, jauh sekali untuk memuji apatah lagi untuk mengembirakan hati sesetegah pihak, semua ini didorong oleh rasa tanggungjawab dan cintakan bahasa itu sendiri yang menjadi cetusan semangat untuk melaksanakan tanggungjawab bagi menyampaikan suara yang benar. Jika PPSMI terbukti berkesan perlaksanaannya, tidaklah seramai itu yang menentang..

BCMM percaya bukan suara hati BCMM sahaja, malah ribuan dan jutaan mereka yang lain juga.. terutama ibu bapa yang tinggal di kampung dan desa..serta mereka yang "benar-benar" sayang akan bahasa dan negara ini iaitu bahasa kebangsaan yang perlu dinobatkan dalam erti kata yang sebenarnya sebagai bahasa jiwa bangsa.

Bukan hanya berpura-pura dan berpuas hati sekadar "didaulatkan dan dimartabatkan" di dalam buku perlembagaan Malaysia sahaja, sedangkan di alam nyata bahasa kebangsaan sebenarnya terpinggir dan sengaja dipinggirkan, malah peranannya dihakis khususnya dalam bidang sains dan matematik, waima telah terbukti berjasa selama kira-kira 30 tahun dalam dunia pendidikan di negara ini sewajibnya dikembalikan semula seperti sebelumnya..inilah yang sebenarnya hendak disampaikaan oleh pejuang bahasa, bukan kerana desakan ahli politik apatah lagi perjuangan mereka telah disalah ertikan oleh sesetengah pihak yang mana melulu mengatakan mereka ini di dalangi oleh parti politik demi kepentingan sesetengah pihak. Bagi penulis semua ini hanya polimik sesetengah pihak yang ingin berselindung.

Dalam memperjuangkan bahasa, bangsa dan negara yang tercinta, tidak perlu timbul soal politik, sebaiknya soal politik perlu diketepikan dan semua rakyat Malaysia sewajibnya bersatu, inilah yang dilakukan oleh pejuang bahasa...saya menyangkal pendapat sesetengah pemimpin yang mengatakan bahawa, perhimpunan yang dianjurkan oleh Gerakan Memasuhkan PPSMI (GMP) pada 7 Mac yang lepas di dalangi parti politik..himpunan ribuan rakyat malaysia, yang rata-ratanya berbangsa Melayu jelas atas dasar cintakan bahasa, bangsa dan negara..kalau didalangi parti politik..saya ingin bertanya dimanakah lagi orang Cina dan India ? hanya sekelumit sahaja yang datang...jelas ini bukan kerana dorongan politik..

Kerajaan perlu mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan isu PPSMI bagi mengelakkan tercetusnya gelombang kedua yang mana akan mengakibatkan kesan yang lebih buruk pada masa depan..Hal ini turut disuarakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah ahmad Badawi, "saya mahu isu ini diselesaikan dengan segera dan jika dilengah-lengahkan, pelbagai tekanan dan tindakan akan dilakukan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyebabkan ia menjadi lebih besar" (Utusan Malaysia, Ahad, 8 Mac 2009).

Justeru sebagai rakyat di bumi yang dikatakan "merdeka" ini dan dengan amalan sistem demokrasinya, penulis memohon sedikit perhatian khusus daripada semua pihak yang berkenaan dan pucuk pimpinan negara ini, dengan segala pertimbangan berikut yang selaras dengan pandangan para ilmuwan, ahli akademik, ahli bahasa, dan pejuang bahasa agar mengkaji semuala perlaksanaan sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, yang telah dibuat "secara tergesa-gesa" sebelum ini, tampa mengambil kira pandangan banyak pihak.

seperti yang pernah diingatkan oleh Abdullah Munsyi pada abab ke-19 lagi, iaitu "tidak ada bangsa lain di dunia yang sanggup membuang bahasanya sendiri melainkan bangsa Melayu"..,..kini dibuang peranannya dalam ilmu sains dan matematik.

Maka demi kepentingan generasi masa depan, bangsa dan bahasa Melayu keseluruhannya, pertimbangkanlah hal ini sewajarnya...Disediakan Oleh: Mohd Syuhaidi

2 comments:

Unknown said...

assalamualaikum wr. sdr.-sdrku. apa khabar? lama benar tak jumpa. ini emel aku, rohannizam@gmail.com
senang-senang emel lah.

Anonymous said...

salam,
mansuh, buat baru, xbest mansuh, tukar lagi, pastu tuka kepala, mansuh lagi..sampai bila malaysia nk maju..cuba kaji dan selidik dlu, bukan terus gerakkan pemansuhan sesuatu system. fikirkan anak bangsa kita yg terpaksa bertukar2 system dan akhirnya terawangan dek kelantangan perjuangan yg xde hujung malah pangkal pn xpasti kewujudan. jgn perkecilkan luar bandar dengan mengatakan mereka tercicir kerana system ppsmi, mundur sangat kah system pendidikan kita hingga memngirkan golongan luar bandar??? pokok sebenar masalah bg saya, jati diri bangsa melayu sendiri. disebabkan tiada jati diri yg kkuh, menyebabkan kita mudah mengikut budaya luar sehingga takut kpd bayangan sendiri. isu bahasa rojak buah bukan berlaku selepas perlaksanaan ppsmi, tp lama sebelum ppsmi diperkenalkan lagi, maka, adakah adil ppsmi yg dipersalahkan kelahirannya??pikir2kan lh anak bangsa, melayu bkn hanya boleh maju melalui bahasa, tp perjuangan jati diri bangsa lebih merupaka teras kajian pada rakan2 yg memikirkan arah tuju anak bangsa kita.
-asparagus dt-