Thursday, February 12, 2009

"Jangan Persendakan Kedaulatan Raja-Raja Melayu"

Kenyataan Pengerusi DAP Malaysia, Karpal Singh berhubung hasratnya menyaman ke bawah duli Sultan Perak , baru-baru ini benar-benar memberi tamparan hebat bagi orang Melayu.

Kenyataan Karpal Singh ini sebenarnya seperti sudah lama dipendamnya, umpamanya isu masuk campurnya dalam urusan Jabatan Agama Islam Perak pada tahun lepas.Hasrat Kapal Singh menyaman Sultan Perak yang sebagaimana kita ketahui, ialah berpunca dari isu “ kemenangan ajaib BN Perak” yang telah diperkenankan oleh Sultan Perak apabila BN perak mendapat majoriti bagi membentuk kerajaan.

Jangan Perkotak- katikkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak Pakatan rakyat (PR) seharusnya menuding jari pada diri sendiri , apabila kepercayaan yang diberikan oleh rakyat jelata khususnya di Perak, pada pilihan raya umum ke 12 (PRU 12), tidak dibuat bersungguh -sungguh, apabila berlakunya masalah dalaman sepertinya pepecahan pendapat, isu kuasa memerintah, kerajaan boneka dan isu harta benda seperti isu kereta yang mana lebih banyak jika dibandingkan dengan perhebahan membantu rakyat perak serta turun padang ke kawasan masing-masing.Bekas Menteri Besar dan Exco Kerajaan Campuran Perak yang sampai sekarang masih mengganggap masih berkuasa seharusnya menghormati Undang-undang Perak dan perkenan Sultan Perak.

Hal demikian, rakyat jelata mesti memahami, setiap undang-undang negeri-negeri di Malaysia ada kelainannya, khususnya di negerai Perak, yang mana Perak menggunakan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak (UUTKP). Perkara ini boleh dilihat berdasarkan peruntukan Fasal 16(6), yang antara lainnya menyebut ;Jika Menteri Besar telah hilang sokongan majoriti ahli-ahli DUN –MB hendaklah (”shall”) meletakkan jawatan keseluruhan Ahli Majlis Kerajaan Negeri (”Exco”) termasuk dirinya sendiri sebagai Ketua Exco - Perkataan “shall” bermaksud sesuatu yang mandatori untuk dilakukan dan tiada pengecualian dibenarkan.

Bahagian Ketiga (di tengah-tengah Fasal 16 (6)): Melainkan dengan permintaannya untuk pembubaran DUN diperkenankan oleh Sultan - ini bermaksud ada proviso atau pengecualian tetapi bersyarat di dalam Fasal 16 (6) yang membolehkan MB memohon pembubaran DUN apabila beliau hilang kepercayaan majoriti tetapi dengan syarat diperkenan sultan. Tidak ada peruntukan selanjutnya yang mengatakan sultan wajib menerima permohonan MB di sini.UUTKP juga memberi penerangan berdasarkan peruntukan 18 (2) (b) di bawahnya (dalam menolak permintaan pembubaran DUN dan menitahkan perletakkan jawatan MB Nizar dan Exconya). Fasal 18(2) (b) menerangkan bahawa Sultan Perak menggunakan kuasa budi bicara (kuasa menentukan sesuatu dan bertindak atas penilaiannya sendiri.

Sultan menggunakan fasal ini bagi memikirkan kebenarannya dan memperkenankan kerajaan baru dibuat.Perpaduan orang Melayu dan bangsa lain bersamaSetelah berlakunya demontrasi di Istana Kuala Kangsar, timbul satu perasaan hati kecil yang bertanya-tanya, kenapa sampai begini jadinya sehingga sanggup melampaui batasan kenormaan orang Melayu.

Jika dikatakan demontrasi dianjurkan oleh Pakatan Rakyat yang menghimpunkan parti DAP, Keadilan , dan Pas, tetapi kenapa hanya ada orang Melayu (Pas) yang menyorak-yorak dan berdemontrasi . Mana hilangnya kawan-kawan mereka di kalangan DAP dan Keadilan.” Tepuk dada tanya iman”. Ada juga sebahagian penyokong pembangkang menunjukkan kekesalannya kerana kawan-kawan ( parti) mereka yang hilang entak ke mana.

Kita sedia maklum, bahawa kuasa bekas kerajaan campuran Perak adalah dipegang oleh DAP, dan hal ini telah menjadikan MB (PAS) sebagai boneka mereka. Cuma, perkara yang menjadi tanda tanya, adakah orang Melayu yang menyertai DAP juga telah “menderhaka” perintah Sultan dan raja-raja Melayu, sebagai mana pengerusinya iaitu Parti DAP Kapal Singh yang mahu menyaman Sultan Perak.Jika disusuri dalam “Sejarah Melayu” ataupun “Sulalatus salatin” yang dinukilankan oleh Tun Sri Lanang, telah memberi gambaran bahawa orang Melayu pantang menderhaka kepada rajanya.

Perkataan “ derhaka” bagi orang Melayu jika ketika dahulu sangat ditakuti kerana di datangi oleh “tulah”.Seharusnya orang Melayu perlu menghormati Sultan dan raja-raja Melayu sebagaimana raja bertindak sebagai ketua negara, dan ketua agama Islam.

Seharusnya, pada masa ini orang Melayu perlu bersama-sama bermuhasabah diri setelah bermacam ketidakstabilan perpaduan orang Melayu yang merugikan bangsa sendiri.Hal ini bukan hanya bagi Pakatan Rakyat (Melayu) tetapi perlu diambil serius oleh Barisan Nasional (Melayu). Orang Melayu Perlu berikrar menjaga kedaulatan Raja-raja Melayu, agar anak-anak warisan kita faham erti Kesultanan dan raja-raja Melayu.

Janganlah sampai mahu menjatuhkan raja-raja Melayu dan mengakibatkan anak-anak bangsa tercari-cari dalam lipatan sejarah sahaja. Orang Melayu juga perlu bertanggungjawab membawa perpaduan antara kaum supaya isu ketuanan Melayu ini tidak disalahertikan dan perlu dibetulkan tanggapan ini. Disediakan Oleh: Khairul Zaim

1 comment:

Sains Politik Malaysia said...

Syabas Barisan Cendekiawan Melayu Muda ..

Saya akan sentiasa melawati laman ini.

Tentu bawa banyak manfaat dengan cerita panas2 nanti.

salam dari
http://sainspolitikmalaysia.blogspot.com/