Friday, February 6, 2009

"PPSMI Akan Memperkukuhkan Penguasaan Bahasa Inggeris Pelajar, Benarkah?"

Ramai yang mengatakan bahawa, mengajar sains dan matematik melalui BI akan memperkukuhkan/memantapkan penguasaan BI pelajar..

Sekali imbas kelihatan seolah-olah kenyataan tersebut benar. sebenarnya ini amat bercanggah dengan teori pembelajaran. kita kononnya akan cekap berbahasa Inggeris dengan mempelajari suatu mata pelajaran lain, sedangkan kita sepatutnya mempelajari mata pelajaran yang kita hendak pelajari itu.

situasi ini kelihatan agak lucu, kerana jika berdasarkan yang tergambar pada setiap tahun apabila keputusan peperiksaan awam (UPSR, PMR, SPM) bagaimanakah pula dengan mata pelajaran yang dipelajari dalam bahasa Inggeris Tersebut? Dapatkah kita menguasainya?

Sebilangan pelajar Melayu juga pada umumnya lemah dalam sains dan matematik, sedangkan selama ini mereka mempelajarinya dalam bahasa Melayu.

Tentunya sesuatu yang aneh jika dikatakan mereka ini akan menguasai sains dan matematik dengan mempelajarinya dalam bahasa yang lain pula yang penguasaan mereka juga lebih lemah berbanding bahasa Melayu.

Hanya segelintir pelajar sahaja yang mungkin akan dapat menguasai sain dan matematik sekalipun dalam bahasa Inggeris. adakah kita bertujuan hanya untuk "memandaikan" segelintir pelajar sahaja yang mungkin daripada kumpulan elit dan berada, sedangkan sebilangan besar yang lain kita abaikan? Tentunya tidak dan tidak sepatutnya hal ini dibiarkan berlaku.

Malangnya, kita mungkin terlupa akan kesan nagatif tersebut kerana terlalu ghairah dengan matlamat yang kabur dan mengelirukan, dan tidakkah kita sebenarnya memburukkan keadaan sedia ada?

Ini bertepatan dengan apa yang telah diperkatakan banyak pakar/ahli akademik/cendekiawan bahawa "lain yang luka lain yang dibebat", atau "tiada beban batu digalas". Jika kita hendak menguasai mata pelajaran sejarah dan geografi misalnya, maka sejarah dan geografilah yang utamanya perlu kita pelajari, beri perhatian dan tumpuan daripada pelbagai aspek pengajaran seperti isi kandungan, kaedah, bahan bantu dan sebagainya, dan bukan mata pelajaran lain seperti sains misalnya.

Secara jujur saya akui, tidak dinafikan mungkin kita akan mendapat sedikit fakta atau maklumat tentang sejarah atau geografi daripada pelajaran sains, tetapi itu amat terhad, sekadar faktar atau maklumat sahaja dan bukan "ilmunya". Ramai dikalangan pelajar-pelajar yang cemerlang subjek sains dan matematik dalam peperiksaan UPSR dan PMR pada tahun ini pada realitinya tidak menguasai subjek sains dan matematik dengan sepenuhnya hanya sekadar menguasai fakta semata-mata untuk menduduki peperiksaan, malah penguasaan bahasa Inggerisnya juga tidaklah sebaik yang diharapkan.

Perbandingan yang sama dapat dibuat seperti berikut iaitu tidak mungkin seorang Jepun atau Korea akan cekap berbahasa melayu dengan mempelajari sains dan matematik dalam bahasa Melayu berbanding jika dia mempelajari mata pelajaran bahasa Melayu itu sendiri. Disediakan Oleh: Mohd Syuhaidi

3 comments:

Anonymous said...

kalau buat servey di APM tu, ramai yang sokong PPSMI.. kalau tak caya buat la..

Anonymous said...

Isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains & Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sudah selalu kita dengar. Kadang-kadang naik muak apabila isu ini dipolitikkan.

Bukan niat saya untuk menentang pejuang-pejuang bahasa kebangsaan seperti Prof Awang Sariyan dan sebagainya. Tetapi, sudah-sudahlah dengan sikap menentang dasar ini.

PPSMI ini adalah cetusan idea Tun Dr Mahathir. Tidakkah kita belajar daripada Tun Dr Mahathir ini? Dahulu, tatkala beliau ingin membina jambatan P.Pinang, ramai yang membantah. Namun, lihatlah sekarang! Hendak dibina jambatan kedua pula. Sama juga dengan KLIA dan Litar F1 Sepang.

Ya! Isu keciciran adalah alasan biasa pihak-pihak yang menentang perkara ini. Persoalan saya, sehingga bila? Semasa dilaksanakan dalam BM pun, ada juga isu keciciran. Adakah jika menggunakan Bahasa Isyarat, barulah isu keciciran ini selesai?

Kalau hendak dikatakan tercicir, banyak sahaja pelajar melayu, baik di kampung, bandar, FELDA, sub-urban dan sebagainya yang menghafal lagu Jason Mraz. Apa yang tercicirnya?

Dan sehingga ke saat saya menulis ini, pandangan masyarakat terhadap aliran sains dalam arena pendidikan masih lagi tidak berubah. Kata masyarakat, aliran sains ini hanyalah untuk si bijak pandai. Betulkan mentaliti dahulu sebelum asyik membantah PPSMI. Kalau hanya si bijak pandai sahaja yang boleh belajar sains, wajarlah PPSMI ini sebenarnya, biar si bijak ini terus bijak. Yang tidak bijak, jangan kata yang anda akan tercicir. Kalau tidak berusaha, memanglah sepanjang masa anda tidak ke mana.

Alasan klise lain, “Jepun, Perancis, Jerman, semuanya berjaya menjadi negara yang hebat teknologi dengan bahasa mereka sendiri”. Baik! Kalau negara kita, semasa perang dunia ke-2 sudah mempunyai pesawat pejuang sendiri, alasan ini boleh diterima. Tetapi hakikatnya, tidak.

Kita boleh tiru langkah orang Eropah dengan membuat terjemahan buku-buku org Arab kepada bahasa mereka. Permasalahannya, sains pada masa itu tidak sepantas hari ini. Kalau hendak tunggu terjemahan, sampai bila kita hendak ditinggalkan. One day, Pluto is considered as a planet. The next day, Pluto is not a planet anymore. Got my point?

Saranan saya, sudah-sudah la dengan PPSMI. Teruskan sahaja dengan idea Tun Dr Mahathir ini. Kerana sepanjang pemerhatian saya, yang membantah PPSMI adalah pejuang bahasa, ahli politik. Ada saintis yang membantah perkara ini? Tidak ada.

Hanya jauhari mengenal manikam…

Anonymous said...

mslh PPSMI nie da bnyk dipolitikan...
sama2 la kaji balek baek buruk, sama2 muhasabah, moga dpt penyelesaian terbaek..ade pro, ade kontra, xsemestinya xguna bahasa sndri kita xda identiti dan xsemestinya kene guna bahasa asing utk boleh terus bersaing...pikir2kan lah...biar tepung xberselerak, rambut xputus, boley buat roti canai..kekeke...org kat biar mati anak jgn mati adat, tp klu da anak mati, sape nk sambung adat..
-asparagus dt-