Monday, January 26, 2009

Bahasa Inggeris: Bukan sekadar Hilang Kemelayuan Tetapi Nilai Permikiran Bangsa yang Akan Layu

Adakah hanya kerana bahasa Inggeris itu bersifat bahasa antarabangsa maka kita sewenang-wenangnya mengangkat bahasa asing tersebut sebagai bahasa komunikasi bagi masyarakat di negara ini?


Dasar pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang telah bermula 2003 lalu bukanlah alasan kukuh untuk kita bersikap mengagung-agungkan bahasa asing sehinga sanggup membakulsampahkan bahasa jiwa dan akal budi bangsa sendiri.


Merdekakah orang-orang seperti ini dan para penakjub bahasa asing apabila masih membiarkan minda dijajah oleh bahasa asing?


Tidakkah kita meyedari akibat dan kesan buruk yang akan kita hadapai jika bahasa Inggeris terus diagung-agungkan oleh masyarakat kita? Mungkin kebanyakkan daripada kita tidak terfikir akibat yang bakal melanda cucu cicit kita pada masa depan terutamanya dalam kalangan masyarakat Melayu sendiri jika bahasa Inggeris mengambil alih fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan dan bahasa penyebaran ilmu di Negara ini.


Dari segi perpaduan kaum, adakah kita sedar bahawa jurang perpaduan kaum yang kita bina selama ini semakin renggang lantaran berleluasanya penggunaan bahasa Inggeris? Lihat sahaja Negara Indonesia, perpaduan kaum di Negara itu begitu kuat dengan kesemua kaum bertutur dalam satu bahasa iaitu bahasa Indonesia.


Jika dulu salah satu tali yang menjadi pengikat perpaduan antara kaum adalah bahasa Melayu, namun kini apabila bahasa Melayu sudah mula dipinggirkan secara tidak langsung tali yang menjadi pengikat kepada perpaduan kaum di negara ini dilihat semakin hari semakin longgar malah ia dilihat hampir putus. Adakah kita warga yang mendakwa telah merdeka 51 tahun menyedari atau terfikir tentang semua ini?


Bagaimana pula dengan nasib masyarakat di luar bandar? Pelaksanaan PPSMI dilihat membebankan sebahagian besar daripada modal insan yang sebenarnya berpotensi menyumbang pada kemakmuran negara kelak. Jika dulu, ibu bapa bagi anak-anak yang tinggal di kawasan luar bandar mungkin boleh membantu anak-anak mereka mengulangkaji matapelajaran kritikal tersebut tetapi kini mereka sudah tidak lagi mampu untuk berbuat demikian.


Adakah ini dikatakan dapat membantu anak-anak desa yang sebahagiannya merupakan orang Melayu?


Amatlah dikhuatiri kita telah membazirkan keupayaan mereka dan kini telah dan akan wujud fenomena kegagalan dan keciciran generasi harapan bangsa ini.


Begitu juga dengan masalah sosial. Jika sebelum ini ibu bapa berlumba-lumba untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah beraliran agama bagi melahirkan anak-anak yang memiliki akhlak yang baik dan terpuji tetapi kini setelah bahasa inggeris diperkenalkan dalam subjek matematik dan sains di sekolah, maka ibu,bapa kini berlumba-lumba pula menghantar anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan, yang didalamnya kurang diberi didikan agama Islam.


Akibatnya, lahirlah generasi yang tidak berakhlak dan bermoral di kalangan anak-anak bangsa Melayu sendiri. Kempen Budi Bahasa yang dilancarkan oleh KEKKWA pun sukar mencapai matlamatnya kerana wujudnya warga Malaysia yang bersikap biadap dan tidak berbudi bahasa menggunakan bahasa asing melebihkan bahasa sendiri.


Sebenarnya, lebih banyak keburukan daripada kebaikan akibat sikap dan tindakan kita yang dipandu oleh bahasa Inggeris.


Oleh itu,marilah kita bersama-sama mengembalikan maruah bahasa Melayu demi mengejar kemajuan dalam acuan kita sendiri seperti mana yang sering dilaungkan oleh kerajaan sendiri.


Yakinlah bahawa bahasa Melayu juga mampu melonjakkan kemajuan negara bangsa ini malah setanding dengan negara-negara maju lain di dunia. Janganlah nanti apabila nasi sudah menjadi bubur barulah kita hendak melatah,

Oleh:mohd Syuhairi @ Cikgu hairi

3 comments:

Anonymous said...

kadand2 terpikir juga saye... ahli saintis tidak pula menentang ppsmi ni.. orang bahasa aje yang lebih2 plak...

Barisan Cendekiawan Melayu Muda said...

Terima kasih kepada Anonymous Said..kerana memberi komen...satu saja jawapan yang saya bagi kepada saudara kerana PPSMI bercanggah dengan Perkara 152..tidak salah mempelajari BI tetapi keterlaluan apabila BI telah mengambil alih tempat BM sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan yang sedia ada..cuba saudara lihat di peringkat sekolah rendah pelajar-pelajar yang menduduki UPSR..lima subjek yang mereka pelajari hanya satu subjek yang dipelajari dalam BM itupun subjek BM(Kefahaman dan Penulisan)sedangkan tiga lagi subjek(BI, Matematik dan Sains) diajar dalam BI..inikan yang dikatakan Keluhuran Perlembagaan?

Anonymous said...

apabila mereka memasuki sekolah menangah.. banyak juga bahasa melayu digunakan...

hanya 3 mata pelajaran itu sahaja yang menggunakan BI... yang lain tetap menggunakan bahasa melayu...