Tuesday, January 27, 2009

Hanya Tiga Mata Pelajaran Itu Sahaja Yang Menggunakan BI, Yang Lain Tetap Menggunakan Bahasa melayu. Benarkah?

Apabila orang sering berfikir kenapa kita menentang PPSMI, dan mereka mengatakan hanya tiga subjek sahaja yang diajar dalam BI (BI, Matematik dan Sains) dalam sistem pendidikan Kebangsaan, subjek lain tetap diajar dalam bahasa Melayu....

Maka ini jawapan saya, jelas sekali perkara tersebut tidak benar, mata pelajaran sains dan matematik di peringkat rendah akhirnya di peringkat menengah menjadi mata pelajaran sains, sains tambahan, fizik, kimia, biologi, matematik, matematik tambahan dan seterusnya meliputi mata pelajaran yang bersekutu dengannya iaitu mata pelajaran teknik, vokasional dan kejuruteraan.

Manakala di peringkat universiti pula mata pelajaran sains dan matematik dan yang bersekutu (berunsur sains dan teknologi) semakin bertambah lagi jumlah mata pelajarannya di peringkat jabatan pengajian, fakulti dan apabila dihitun dengan jumlah, semua mata pelajaran tersebut bagi semua jabatan, fakulti dan universiti awam apatah lagi swasta, mata pelajaran yang telah diInggeris mencapai ribuan jumlahnya dan ini dianggarkan melebihi 90% mata pelajaran.

hanya tinggal kira-kira 10% mata pelajaran sahaja berbahasa Melayu iaitu mata pelajaran berunsur sastersa, Pengajian Melayu dan pengajian berkaitan agama Islam.

keadaan ini samalah seperti yang berlaku dalam era awal kemerdekaan dan pembangunan pengajian tinggi di negara ini. Tegasnya peranan bahasa Melayu sebagai bahasa sains dan teknologi telah hilang dan dihakis secara langsung dan tidak langsung akibat penggunaan bahasa Inggeris yang melampau.

Bahasa Melayu hanya terhad dan sebenarnya "dimampukan" untuk menyampaikan ilmu yang "dianggap" kurang penting atau "biasa-biasa" sahaja. siapakah yang meletakkan nilai dan taraf keilmuan serta kemampuan bahasa Melayu serendah itu?

Bahasa Melayu itu sendirikah atau ketidaksedaran, kealpaan, ketidakyakinan, rendah diri atau kebodohan bangsanya atau semua faktor tersebut yang telah menyumbang sehingga tumbangnya bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu sains dan matematik.

Dasar ini dilaksanakan tanpa kajian yang mendalam. Kepada mereka-mereka di luar sana yang masih berfikiran sempit mengatakan hanya BI, sains dan Matematik sahaja yang diajar dalam BI, inilah jawapannya..berfikrlah seluas-luasnya,

sekadar ingin berkongsi pengalaman, sewaktu saya di Beijing China menjalankan kajian tentang perkembangan Bahasa Melayu di sana, saya begitu kagum dengan dasar pendidikan China, yang mana mereka begitu menjaga dan mengangkat bahasa China dan bangga dengan bahasa mereka sendiri, inilah yang perlu kita contohi, dalam masa yang sama mereka juga tidak ketinggalan dalam mempelajari bahasa-bahasa asing.

Buka sahaja BI malah ratusan bahasa lain di dunia ini (termasuk bahasa Melayu). Buktinya apabila wujudnya Universiti Bahasa-bahasa Asing (Beijing Foreign Studies university(BFSU) yang hanya fokus kepada pendidikan bahasa-bahasa asing sahaja. Ini satu langkah bijak dan mengapa kita tidak boleh laksanakan dasar ini. BFSU saban tahun menghasilkan graduan yang fasih dan pakar dalam bahasa-bahasa asing.

Jadi kalau bukan kita yang bertanggungjawab untuk mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, siapa lagi? Disediakan Oleh: Mohd Syuhaidi

6 comments:

Anonymous said...

ape yang saudara katakan ada benarnya juga... makin banyak bahasa yang diajar digunakan dalam bahasa inggeris.

sama juga seperti saya dirumah.. di sekolah banyak menggunakan BI tetapi dirumah saya tetap menggunakan bahasa melayu.

BI digunakan untuk belajar sahaja dan boleh digunakan untuk beberapa tujuan tertentu..

hal ini dapat saye praktikan apabila saye ke london baru2 ini mengikut bapa saye ditugaskan disana. saye dapati penguasaan BI saye semakin baik dan tidak menghadapi masalah.

kalau kita tidak menghadapi masalah untuk berkomunikasi maka tidak akan ada masalah lain yang akan timbul.

penguasaan BI yang baik dan elok membolehkan saye membaca byk bahan bacaan ilmiah.

saya memandang PPSMI ini dari sudut positif.. ibu bapa saye menggalakkan saye untuk berkomunikasi dirumah menggunakan bahasa Melayu.

dalam hal ini kita tidak perlu terlalu fanatik dan memandang penggunaan PPSMI sentiasa membawa keburukan.pandanglah ia dari sudut positif...

Barisan Cendekiawan Melayu Muda said...

salam..nampaknya saudara belum memmahami apa itu PPSMI,..insyAllah saya akan terangkan dalam ruangan seterusnya..ditegaskan di sini bahawa kami tidak menentang BI, malah kami juga mempelajari BI..tetapi bukan melalui dasar PPSMI. kalau orang melayu tidak pandai BI dan mahu menigkatkan penguasahan BI seharusnya melalui pengajaran dan pembelajaran subjek BI itu sendiri..bukan menghukum subjek lain dan mengorbankan dasar pendidikan negara demi kepentingan BI..

Anonymous said...

PPSMI meningkatkan penguasaan BI saye... tu yg saye nampak dan bagus untuk saye menguasai...

yus_anakmelayu said...

Selalu sahaja bahasa Inggeris diangkat sebagai bahasa ilmu, maka bahasa lain ditolak ke tepi. Ingin tahu mengapa bahasa Inggeris menjadi semakin kukuh di peringkat globalisasi? kerana adanya orang-orang seperti kita yang terlalu taksub menjaga kepentingan bahasa Inggeris. Alasannya, mudah untuk berkomunikasi di luar negara. ironinya, orang inggeris tak pula perlu belajar bahasa Melayu bila berada di Malaysia. Adakah kerana mereka menganggap bahasa Melayu tidk setaraf dengan bahasa mereka atau kita sendiri yang lebih selesa berbahasa Inggeris apabila berkomunikasi dengan mereka. Bahasa kita juga mampu menterjemahkan ilmu sama seperti bahasa inggeris bahkan tanpa menghilangkan unsur-unsur bahasa Melayu. banyak kosa kata pinjaman bahasa Melayu daripada bahasa lain telah diubah mengikut kesesuaian bahasa Melayu. Bahasa Inggeris? Kamus Oxford merupakan kamus yang paling banyak menggunakan kata pinjaman. mereka banyak meminjam perkataan daripada bahasa-bahasa lain. membuktikan bahawa bahasa Inggeris bukanlah bahasa yang 'sempurna' sehinggakan bahasa Melayu yang lebih utuh sistemnya boleh diketepikan begitu sahaja apatah lagi oleh bangsa penuturnya sendiri. sedarlah wahai Melayu, janganlah terlalu berkiblatkan bahasa Inggeris sehingga kamu lupa yang kamu sebenarnya kufur akan nikmat bahasa Melayu yang Allah berikan.

Anonymous said...

DBP yang diberi tanggungjawab untuk menaiktarafkan bahasa melayu mengambil masa yang lama untuk memantapkan bahasa melayu.

saye tidak menolak penggunaan bahasa melayu malah saye menyanjung bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan. hanya sains dan matematik sahaja...

jgn la gelabah sangat...

Anonymous said...

Isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains & Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sudah selalu kita dengar. Kadang-kadang naik muak apabila isu ini dipolitikkan.

Bukan niat saya untuk menentang pejuang-pejuang bahasa kebangsaan seperti Prof Awang Sariyan dan sebagainya. Tetapi, sudah-sudahlah dengan sikap menentang dasar ini.

PPSMI ini adalah cetusan idea Tun Dr Mahathir. Tidakkah kita belajar daripada Tun Dr Mahathir ini? Dahulu, tatkala beliau ingin membina jambatan P.Pinang, ramai yang membantah. Namun, lihatlah sekarang! Hendak dibina jambatan kedua pula. Sama juga dengan KLIA dan Litar F1 Sepang.

Ya! Isu keciciran adalah alasan biasa pihak-pihak yang menentang perkara ini. Persoalan saya, sehingga bila? Semasa dilaksanakan dalam BM pun, ada juga isu keciciran. Adakah jika menggunakan Bahasa Isyarat, barulah isu keciciran ini selesai?

Kalau hendak dikatakan tercicir, banyak sahaja pelajar melayu, baik di kampung, bandar, FELDA, sub-urban dan sebagainya yang menghafal lagu Jason Mraz. Apa yang tercicirnya?

Dan sehingga ke saat saya menulis ini, pandangan masyarakat terhadap aliran sains dalam arena pendidikan masih lagi tidak berubah. Kata masyarakat, aliran sains ini hanyalah untuk si bijak pandai. Betulkan mentaliti dahulu sebelum asyik membantah PPSMI. Kalau hanya si bijak pandai sahaja yang boleh belajar sains, wajarlah PPSMI ini sebenarnya, biar si bijak ini terus bijak. Yang tidak bijak, jangan kata yang anda akan tercicir. Kalau tidak berusaha, memanglah sepanjang masa anda tidak ke mana.

Alasan klise lain, “Jepun, Perancis, Jerman, semuanya berjaya menjadi negara yang hebat teknologi dengan bahasa mereka sendiri”. Baik! Kalau negara kita, semasa perang dunia ke-2 sudah mempunyai pesawat pejuang sendiri, alasan ini boleh diterima. Tetapi hakikatnya, tidak.

Kita boleh tiru langkah orang Eropah dengan membuat terjemahan buku-buku org Arab kepada bahasa mereka. Permasalahannya, sains pada masa itu tidak sepantas hari ini. Kalau hendak tunggu terjemahan, sampai bila kita hendak ditinggalkan. One day, Pluto is considered as a planet. The next day, Pluto is not a planet anymore. Got my point?

Saranan saya, sudah-sudah la dengan PPSMI. Teruskan sahaja dengan idea Tun Dr Mahathir ini. Kerana sepanjang pemerhatian saya, yang membantah PPSMI adalah pejuang bahasa, ahli politik. Ada saintis yang membantah perkara ini? Tidak ada.

Hanya jauhari mengenal manikam…